Hikayat Panji Jayeng Kusuma (HPJK) merupakan
sebuah cerita panji yang ditulis dalam bahasa Melayu. Unsur-unsur utama yang
diketengahkan dalam buku ini ialah percintaan, pengembaraan dan
peperangan.
Percintaan dalam HPJK berlangsung antara anak-anak raja dari beberapa buah
kerajaan, seperti Kuripan, Daha, Gagelang, Singasari, Manjapahit (Majapahit)
dan Lasem. Semua anak raja ini telah ditunangkan sesama mereka sejak kecil
lagi. Raden Inu Kerta Pati, sebagai wira dalam cerita ini telah ditunangkan
dengan Raden Galuh Candera Kirana, wirawatinya. Namun, akibat tersilap mendapat
gambaran tentang rupa paras Raden Galuh Candera Kirana, Raden Inu Kerta Pati
telah memutuskan pertunangan mereka, sebaliknya berkahwin pula dengan anak raja
Singasari, Raden Galuh Lasmi Ningrat.
Walau bagaimanapun, Raden Inu Kerta Pati akhirnya mengetahui rupa paras sebenar
Raden Galuh Candera Kirana selepas berangkat ke Daha untuk menghadiri
perkahwinan Raden Galuh Candera Kirana. Raden Inu berazam untuk mengambil
semula tunangnya itu, tetapi gagal apabila Raden Galuh Candera Kirana
menghilangkan diri.
Ekoran daripada peristiwa itu bermulalah pengembaraan mereka mencari Raden
Galuh Candera Kirana. Sepanjang pengembaraan ini, berlaku pelbagai peristiwa
yang menarik seperti peperangan, penjelmaan, penyamaran dan sebagainya.
HIKAYAT PANJI JAYENG KUSUMA
- Brand: Yayasan Karyawan
- Product Code: 9839510126
- Availability: In Stock
-
RM180.00
- Ex Tax: RM180.00