Citra tentang kemalasan golongan peribumi yang digembar-gemburkan oleh para penjajah tidak berasas, malah ternyata tanggapan tersebut dimanfaatkan untuk kepentingan ideologi mereka. Perbuatan mereka itu antara lain bertujuan untuk memberi tempat dari sisi undang-undang amalan penindasan dan ketidakadilan dalam kalangan tenaga kerja peribumi dan mencari alasan penaklukan serta penguasaan Eropah terhadap tanah jajahannya. Malah mereka juga menyelewengkan kenyataan sosial untuk menjamin penyebaran ideologi mereka sesuai dengan kepentingan mereka sendiri.

          Syed Hussein Alatas menyangkal semua anggapan dan menunjukkan bukti bahawa golongan peribumi masyarakat Indonesia, Malaysia dan Filipina bekerja keras untuk hidup sebagai manusia. Mereka rajin dan mahir dalam bidang masing-masing, tetapi sebagai bangsa yang bermaruah, mereka tidak bersedia menjadi alat pengeluaran kaum kapitalis yang mahu melayani mereka sebagai hamba abdi.

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good

MITOS PERIBUMI MALAS

  • RM30.00

  • Ex Tax: RM30.00