Usaha untuk berfikir betul, tepat dan benar memang menjadi keperluan dalam kehidupan. Dengan berfikir secara betul, tepat dan benar maka tercapailah tujuan kita berfikir iaitu untuk mencapai kebenaran. Dalam tradisi Barat apalagi dalam tradisi Islam usaha berfikir memang digalakkan. Islam mengalakkan umatnya berfikir tentang alam dan kehebatan ciptaan Allah. Malah dalam al-Quran kedudukan pemikiran sangat erat kaitannya dengan soal permasalahan ilmu pengetahuan dan pemikiran. Buku ini cuba mengupas persoalan pemikiran secara umum dalam kaitannya dengan ilmu pengetahuan. Dua bidang pemikiran yang utama, yakni pemikiran kritis dan pemikiran kreatif cuba dibincangkan dengan bahasa yang mudah difahami dan disokong oleh contoh yang terdapat dalam kehidupan harian pembaca. Harapan penulisnya, buku ini dapat memberi sumbangan kecil terhadap bidang pemikiran yang cukup luas. Mudah-mudahan pembaca dapat manfaat daripada usaha berfikir secara betul, tepat dan benar yang diungkapkan dalam buku ini.

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good

DUNIA PEMIKIRAN

  • RM40.00

  • Ex Tax: RM40.00