Kemerosotan Orde Ekonomi Global membincangkan dan menganalisis krisis kapitalisme dan globalisasi akibat krisis kewangan dan kemelesetan yang melanda dunia sejak 2007/2008, di samping pergolakan geopolitik dan kejatuhan harga komoditi yang menyebabkan ekonomi dunia dalam ketidakpastian. Kepulangan semula fahaman perlindungan yang dilaksanakan oleh beberapa buah negara dan perang mata wang menandakan seakan-akan berakhirnya era kapitalisme dan globalisasi yang merupakan tonggak orde ekonomi global. Buku ini juga memberikan tumpuan pada ekonomi sedang muncul yang diterajui oleh China yang memainkan peranan penting dalam mengeluarkan dunia daripada kancah kemelesetan. turut dibincangkan dan dianalisis ialah ekonomi Malaysia yang juga terjebak dalam kemelesetan, kemudian bingkas semula dengan menghasilkan pertumbuhan demi pertumbuhan yang kelihatan rancak jika dibandingkan dengan pertumbuhan pada peringkat global. Di sebalik kemapanan pertumbuhan itu, buku ini membangkitkan persoalan pengagihan dan ketidaksamaan yang juga merupakan masalah global.

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good

KEMEROSOTAN ORDE EKONOMI GLOBAL

  • RM35.00

  • Ex Tax: RM35.00