Permata merupakan perhiasan yang amat berharga kerana keindahan dan keistimewaannya yang mengagumkan. Kebitaraan permata dan kesukaran menemukannya menyebabkan permata sering dijadikan perhiasan alat kebesaran dan mahkota diraja, yang melambangkan kedaulatan sesebuah kerajaan. Keindahannya kian terserlah apabila permata ditatah pada barang kemas yang diperbuat daripada emas dan perak, sekali gus menyerlahkan keanggunan si pemakai. Ramai yang tertanya-tanya bagaimanakah batu permata terbentuk, dan mengapakah rupa bentuknya sangat menarik. BATU PERMATA merupakan sebuah buku mengenai jenis-jenis permata, sifat-sifatnya, dan asal kejadiannya secara saintifik. Naskhah ini disampaikan menggunakan bahasa yang mudah difahami, dan dihiasi dengan ilustrasi yang menarik, dan berwarna-warni. Beberapa jenis permata, termasuk berlian, delima, nilam, zamrud, akuamarin, mutiara, baiduri, jed, kuarza, kalsedoni, firus, lapis lazuli, baiduri bulan, aleksandrit, turmalin, garnet, feldspar, zirkon, peridot, spinel, aventurin, obsidian, ambar, karang, dan jet dihuraikan dengan lebih lanjut untuk tatapan pembaca.
BATU PERMATA
- Brand: Dewan Bahasa dan Pustaka
- Product Code: 9789834613914
- Availability: In Stock
-
RM70.00
- Ex Tax: RM70.00