Penulisan dan kajian terhadap sejarah awal perintis dan peneroka pembangunan negeri Melayu tidak banyak memberikan fokus kepada kepentingan dan peranan yang dimainkan oleh masyarakat keturunan Melayu. Menjelang abad ke-19, dunia Melayu terbahagi kepada 2 wilayah yang terpisah. Tanah leluhur Melayu yang merangkumi Sumatera dan Semenanjung Tanah Melayu telah terbahagi  kepada 2 entiti yang dikuasai oleh Belanda dan juga British. Di samping itu juga, konsep merantau yang mendasari budaya dan amalan masyarakat rumpun Melayu juga masih tidak banyak dikaji. Oleh itu, persoalan yang dibawa buku ini berkaitan dengan budaya merantau dalam kalangan perantau, peneroka dan pedagang Minangkabau ke Semenanjung Tanah Melayu pada zaman kolonial. Penulisan ini mendedahkan secara terperinci peranan dan sumbangan masyarakat Melayu suku Minangkabau dalam membina petempatan baharu di Semenanjung Tanah Melayu. Penulisan ini turut membincangkan aktiviti perdagangan dalam kalangan orang Minangkabau semasa zaman kolonial Inggeris di Semenanjung Tanah Melayu dan memberikan maklumat baharu berkaitan dengan tradisi dan budaya merantau masyarakat rumpun Melayu, umumnya dan masyarakat Melayu Minangkabau, khasnya. Buku ini hasil kajian yang dilakukan dengan bantuan daripada dana penyelidikan Arus Perdana Universiti Kebangsaaan Malaysia dan diharapkan dapat memberikan sumbangan kepada historiografi sejarah ekonomi dan sosial di Malaysia dan Indonesia.

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good

PERINTIS PEMBANGUNAN NEGERI MELAYU - PERANTAU DAN PENEROKA MINANGKABAU 1824-1957

  • RM50.00

  • Ex Tax: RM50.00