Buku ini ialah hasil kajian penulis terhadap liputan akhbar arus perdana berbahasa Inggeris bagi 5 pilihan raya umum di Malaysia, iaitu bermula pilihan raya tahun 1995 hingga tahun 2013. Dalam buku ini mengandungi bukti empirikal tentang isu pemerkauman yang menjadi sebahagian daripada isu parti politik yang bertanding untuk kempen pilihan raya.
Bab-bab yang terkandung dalam buku ini secara tidak langsung menjelaskan tentang isu kaum yang direncanakan dalam wacana nasional, sekali gus menyukarkan masyarakat Malaysia mencapai politik demokratik matang yang merentasi kaum. Pelbagai usaha merentas kaum yang dilakukan oleh pelbagai pihak bagi mengatasi isu kaum sebagai asas wacana nasional, namun kurang berjaya. Sungguhpun Malaysia telah menyambut 60 tahun kemerdekaan, isu kaum yang masih direncanakan dalam wacana nasional bukanlah hasil daripada tuntutan suara masyarakat, tetapi isu ini direka sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengekalkan kerelevanan politik dan parti politik berasaskan kaum dalam masyarakat Malaysia.
Masyarakat Malaysia yang matang dalam mewacanakan isu nasional merentas kaum perlu mempunyai kesedaran terhadap perkara ini, dan buku ini merupakan salah satu matlamat penulis ke arah usaha tersebut.
PEMERKAUMAN ISU PILIHAN RAYA DALAM AKHBAR ARUS PERDANA BERBAHASA INGGERIS DI MALAYSIA
- Brand: Dewan Bahasa dan Pustaka
- Product Code: 9789834915490
- Availability: In Stock
-
RM25.00
- Ex Tax: RM25.00