WATAK Palano sebagai pencerita serba tahu mencari sisi sejarah untuk digarap dalam lukisannya. Setiap sejarah diulang secara klasik dan dimanifestasikan secara tradisi dalam seni. Namun, dalam dimensi manusia berlaku sesuatu yang fantasi. Menurut Umar (1989:119-122), fantasi mungkin berlaku dalam penceritaan (fiksyen) melalui kehadiran tokoh sebagai objek sejarah yang dilupakan. Perkara yang penting ialah kehadiran tokoh (tanpa menyinggung kehidupan peribadi) membawa catatan pengalaman. Ceritera itu mewakilkan Palano sebagai watak yang mengambil realiti sendiri. Perkatannya dilafazkan menjadi peraturan. Idea-idea simbolik dalam bentuk figura akan berada dalam hierarki idea-idea utama. Imbasan awal watak Palano bagi meyakinkan audiens bahawa pengenalan awalnya secara klasik. Imbasan ini ditunjukkan melalui menegangkan kanvas sebagai sifat ciri seni zaman klasik. Sifat ini menunjukkan pentingnya aturan disiplin diletakkan pada tahap tinggi dengan fakta dan sejarah sebagai kekuatan akar umbi.
SENI VISUAL CERITERA BERZAMAN
- Brand: Dewan Bahasa dan Pustaka
- Product Code: 9789834905866
- Availability: In Stock
-
RM40.00
- Ex Tax: RM40.00