Institusi raja berperanan sebagai penyemak dan pengimbang dalam pemerintahan demokrasi bagi memastikan kemakmuran dan kestabilan negara tanpa mengira sempadan bangsa. Raja dan rakyat diibaratkan seperti "pohon dan akar" yang tidak boleh dipisahkan sama sekali; "pohon" memayungi rakyat dengan cara memimpin, melindungi dan menjaga kebajikan dalam apa-apa jua keadaan sekalipun, manakala "akar" ialah tunjang yang mengukuhkan institusi raja. Walaupun begitu, perubahan dunia dalam era globalisasi turut mengheret institusi raja mengharungi pelbagai pengalaman dan cabaran yang semakin kompleks dan mencabar. Buku Raja dan Rakyat Berpisah Tiada mengetengahkan isu-isu yang berkait rapat dengan peranan institusi raja di Malaysia. Isu-isu yang dikupas dalam buku ini menjelaskan peranan institusi raja yang amat signifikan dengan kesejahteraan rakyat yang hidup berbilang kaum serta menganuti pelbagai agama, di samping raja ialah lambang keselamatan, kemakmuran, keharmonian dan kesejahteraan rakyat dan negara.

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good

RAJA DAN RAKYAT BERPISAH TIADA

  • RM40.00

  • Ex Tax: RM40.00