Dua lelaki, berbeza latar dan berlainan prinsip bertemu dalam satu takdiryang amat menghibakan. Pada pundak masing-masing, tergalas tanggungjawab yang amat besar. Amrin memikul tugas ibu dan bapa pada anak kecilnya, Kemboja. Kematian isterinya, Melati menjadikan Amrin seorang bapa tunggal dan semangat hidupnya hanya tersisa kerana Kemboja.

          Adeng pula, biar belum berkeluarga, menerima kehadiran si kecil, Wahyudi, sejak masih bayi. Wahyudi bukan sahaja ditinggalkan ayah dan ibu kandung, malah mempunyai masalah penyakit mata yang kronik. Dugaan dan cabaran membesarkan Wahyudi bukan sedikit. Apatah lagi, kehidupan Adeng sendiri berkelana dan penuh dengan sisi hitam. Hidupnya bagai pelarian apabila asyik diburu polis.

          Namun, satu kejadian yang penuh tragis berlaku menyebabkan Amrin dan Adeng terperangkap dalam satu takdir hidup. Sesekali menyingkap dan menyaring makna kasih seorang bapa. 

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good

SESEKALI

  • RM20.00

  • Ex Tax: RM20.00