Buku ini memberikan fokus terhadap pemikiran salah seorang tokoh islah dunia Islam, iaitu Muhammad Rashid Rida. Beliau merupakan salah seorang tokoh yang memainkan peranan penting dalam pengislahan ummah ketika di ambang kejatuhan Khilafah Islamiah dan selepas kejatuhannya. Ketidakstabilan pemerintah Islam berlaku apabila Daulah Uthmaniah yang selama ini bertindak sebagai pelindung umat Islam mula goyah dan secara rasminya runtuh pada tahun 1924. Pergolakan yang terjadi pada masa tersebut bukan semata-mata memberikan kesan terhadap politik umat Islam, malah turut menjejaskan ekonomi, pendidikan, dan akhlak mereka. Kebangkitan Barat yang menjajah dunia Islam satu per satu pula telah menjadikan krisis yang sedia ada bertambah parah. Dalam situasi beginilah Muhammad Rashid Rida bangkit mengemukakan idea islahnya. Beliau telah melalui satu perjalanan yang penuh dengan kesukaran dalam melaksanakan cita-citanya untuk membetulkan kepincangan yang berlaku ketika itu. Namun, segala kepayahan itu ditempuh jua demi mengembalikan kegemilangan peradaban Islam yang telah hilang.  Walaupun usaha beliau kurang berjaya dari sudut lahiriah, namun telah berjaya membangkitkan dan menyedarkan umat Islam tentang kelemahan dan realiti yang sedang mereka hadapi. Semoga buku ini dapat menjadi pencetus minda dan menyuburkan jiwa perjuangan.

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good

BIOGRAFI TOKOH DAKWAH : MUHAMMAD RASHID RIDA

  • RM30.00

  • Ex Tax: RM30.00