Buku ini menghuraikan pendekatan psikologi Islam dan peranan agama dalam menangani masalah kehidupan insan. Pendekatan psikologi Islam ini ditekankan melalui pengukuhan jiwa dan rohani serta kaedah yang harmoni berpaksikan akidah Islam. Kupasan buku ini bakan sahaja memperincikan psikologi Islam sebagai kaedah penyelesaian masalah kehidupan, tetapi juga memberikan penekanan terhadap faktor, cara dan gaya hidup Islam yang mendatangkan kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

          Semua perkara ini berpaksikan iman yang menjadi mangkin kepada kehidupan yang bahagia dan selamat. Aspek pencegahan masalah berdasarkan syariat juga dibincangkan secara menyeluruh dengan memberikan fokus kepada tuntutan pelaksanaan strategi dalaman yang digabungkan dengan strategi luaran bagi memastikan kehidupan yang lebih bermakna dan penuh kebahagiaan. Buku ini boleh menjadi panduan kepada masyarakat yang mencari jalan kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good

TAZKIYAH AL-NAFS DALAM PEMBANGUNAN INSAN

  • RM24.00

  • Ex Tax: RM24.00