Buku ini menerangkan pemasaran dari perspektif Islam yang berbeza dari segi konsep, falsafah, keilmuan dan pelaksanaannya berbanding dengan pemasaran tradisi. Antara perkara yang dibincangkan termasuklah matlamat pemasaran, perancangan dan pengurusan produk, promosi produk, dan komunikasi pemasaran bersepadu.
Buku ini turut mengetengahkan ciri-ciri dan peranan pemasar Muslim. Antara peranan pemasar Muslim adalah untuk memastikan produk yang dipasarkan bakal mendatangkan kesejahteraan kepada manusia sejagat. Pemasar perlu sedar kejayaan yang dicari ialah kejayaan hakiki yang bersifat menyeluruh yang bukan hanya mampu dikongsi kebaikannya bersama-sama manusia sejagat tetapi yang paling utama adalah mendapat keredaan Allah SWT.
PEMASARAN DARI PERSPEKTIF ISLAM
- Brand: Dewan Bahasa dan Pustaka
- Product Code: 9789834915223
- Availability: In Stock
-
RM25.00
- Ex Tax: RM25.00