Kemunculan seseorang tokoh politik mampu mencetuskan pelbagai fenomena dalam perkembangan politik di Malaysia. Lebih-lebih lagi dengan kehadiran idea baharu dan berbeza daripada zaman sebelumnya tentu akan lebih merancakkan lagi percambahan pemikiran politik yang sentiasa berkembang. Kehadiran Abu Bakar Hamzah dalam pentas politik sejak zaman 1960-an telah menambahkan kerancakan politik di Malaysia. Ketokohan beliau dalam bidang politik tidak perlu dipertikaikan lagi, memandangkan beliau pernah memegang jawatan penting sebagai pemimpin utama dalam beberapa buah parti politik.

          Selain itu, Abu Bakar Hamzah dianggap sebagai penulis profilik yang banyak menghasilkan karya, namun kebanyakan karya beliau berkisar dalam bidang politik Islam. Memandangkan beliau merupakan tokoh yang banyak membincangkan isu politik Islam dalam karyanya, pemikiran beliau wajar diteliti bagi memahami sumbangan beliau dalam memperkasakan politik Islam di Malaysia. Pendedahan berguna melalui buku ini diharap dapat membantu seluruh umat Islam untuk memahami politik Islam sebenar.

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good

BIOGRAFI ULAMA MALAYSIA : ABU BAKAR HAMZAH [H/C]

  • RM30.00

  • Ex Tax: RM30.00