Lebih 60 spesies yu ditemui si perairan Malaysia. Kajian menunjukkan bahawa yu boleh ditemui di pelbagai habitat, iaitu lautan dan kuala sungai. Namun, pada masa yang sama, fakta juga menunjukkan bahawa banyak spesies yu yang diancam kepupusan akibat ketidakseimbangan antara tekanan daripada kegiatan manusia dengan industri perikanan, serta keupayaan alam sekitar menjana sumber aslinya. Hal ini ditambah pula oleh hakikat bahawa yu merupakan hidupan marin yang lambat membiak dengan kadar kelahiran yang rendah, tempoh bunting yang panjang serta sensitif terhadap perubahan habitat. Yu juga sering menjadi sasaran manusia kerana siripnya mempunyai nilai pasaran yang tinggi.

            Ensiklopedia yang merakamkan sebanyak 71 entri mengenai spesies yu ini merangkumi sejarah dan evolusi, pengelasan saintifik taksonomi, anatomi dan biologi, habitat, kitaran hidup, kepelbagaian spesies, ancaman kepupusan serta usaha-usaha pemuliharanya, terutamanya di perairan Malaysia.

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good

ENSIKLOPEDIA YU (H/C)

  • RM70.00

  • Ex Tax: RM70.00