Buku Siri Usahawan Tani : Akuakultur Ikan dan Udang ini mengandungi pelbagai maklumat penting yang berkait rapat dengan ternakan akuakultur ikan dan udang. Segala maklumat yang disampaikan adalah berdasarkan pengalaman penulis sendiri dalam bidang akuakultur. Buku ini amat berguna kerana menerangkan secara terperinci maklumat dalam pengurusan, penyeliaan dan pembangunan akuakultur.

            Selain itu, kaedah pengurusan kolam dan tangki, penyediaan tapak ternakan, pengurusan benih, kawalan penyakit dan musuhnya juga dibincangkan. Begitu juga dengan penyediaan makanan yang bersesuaian serta sistem yang spesifik mengikut spesies ternakan termasuk juga kaedah penuaian hasil. Turut dinyatakan fakta berkenaan ciri-ciri ikan, udang, kitaran hidup dan kriteria yang diperlukan dalam penghasilan akuakultur ikan dan udang. Diharapkan segala maklumat yang dipaparkan dalam buku ini dapat dimanfaatkan oleh segenap golongan pembaca.

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good

SIRI USAHAWAN TANI : AKUAKULTUR IKAN DAN UDANG

  • RM45.00

  • Ex Tax: RM45.00