Buku ini ditulis berdasarkan pengalaman sebenar penulis yang terlibat secara langsung dalam program konservasi penyu di beberapa buah pantai di Pulau Pinang. Pembaca akan didedahkan tentang penglibatan terhadap usaha pemuliharaan penyu, kewujudan pusat konservasi penyu dan pemuliharaan habitat semula jadi serta pantai utama yang menjadi tempat pendaratan penyu di Pulau Pinang. Penulis turut menghuraikan perlaksanaan standard operasi piawaian (SOP) yang telah ditetapkan supaya tidak bercanggah dalam aktiviti pengurusan sesebuah konservasi penyu. Berdasarkan pengalaman penulis ini, diharapkan dapat meningkatkan kesedaran pembaca serta mampu mewujudkan semangat kecintaan terhadap alam sekitar. Semoga usaha murni ini dapat membantu ke arah pelestarian penyu daripada terus terancam.
PELESTARIAN PENYU DI PULAU PINANG
- Brand: Dewan Bahasa dan Pustaka
- Product Code: 9789834903480
- Availability: In Stock
-
RM22.00
- Ex Tax: RM22.00