Paku pakis atau pteridofit merupakan kumpulan tumbuhan yang popular sebagai tumbuhan hiasan kerana kepelbagaian bentuk fron, habitat, dan habit atau rupa bentuk tumbuhan paku pakis itu sendiri. Penanaman, pembajaan dan pengurusan paku pakis sebagai tanaman hiasan yang mudah juga menyebabkan kumpulan tumbuhan ini menjadi kegemaran pencinta landskap dan tanaman hiasan.

            Buku panduan ini mengandungi petua dan kaedah penanaman serta penjagaan paku pakis hiasan melalui cara yang santai dengan rajah yang sesuai, serta mudah difahami dan diikuti. Sebanyak 30 spesies paku pakis hiasan yang paling popular dipilih sebagai tanaman hiasan di negara tropika seperti Malaysia. Buku ini juga menyediakan panduan dan kaedah ringkas tentang penjagaan yang akan dapat mebantu dalam pemilihan paku pakis terbaik bagi menghiasi rumah anda.

            Semoga buku Petua Menanam dan Menjaga Paku Pakis Hiasan ini dapat memberi manfaat kepada semua penggemar tanaman hiasan sama ada di dalam ataupun di luar bangunan kediaman, premis perniagaan dan bangunan pejabat.

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good

PETUA MENANAM DAN MENJAGA PAKU PAKIS HIASAN

  • RM15.00

  • Ex Tax: RM15.00