TEMBIKAI WANGI atau Cucumis melo L., satu daripada buah-buahan yang berpotensi untuk diusahakan secara komersial di Malaysia berdasarkan penyelidikan saintifik melalui amalan kultur dan sistem fertigasi atau penanaman tanpa tanah. Berdasarkan maklumat dan panduan terperinci yang meliputi semua aspek tentang tanaman tembikai wangi, buku ini amat sesuai dijadikan panduan kepada pengusaha tanaman buah-buahan di Malaysia dan pihak yang berminat untuk mengusahakan ladang tembikai wangi. Maklumat berkenaan buah tembikai wangi perlu disebarkan, khususnya berkaitan dengan kaedah penanaman yang menggunakan teknologi pertanian terkini. Tujuannya, adalah untuk memberikan suatu input baharu bahawa penanaman tembikai wangi mampu menjana pendapatan yang lumayan.
Kaedah penanaman ini berdasarkan hasil penyelidikan yang telah dijalankan oleh pihak MARDI. Secara tidak langsung, dapatan hasil penyelidikan tentang tanaman tembikai wangi mampu disebarluaskan, khususnya kepada para pengusaha tembikai wangi, para petani atau pihak tertentu yang bercadang untuk mengusahakan tanaman ini sebagai keluaran utama ladang mereka.
Kepakaran dan pengalaman penulis selaku mantan pegawai penyelidik MARDI yang telah menjalankan pelbagai kajian terhadap tanaman tembikai wangi menjadikan maklumat dalam buku ini lebih lengkap lagi menyeluruh. Milikilah buku Siri Buah-buahan Komersial Malaysia : Tembikai Wangi ini bagi merealisasikan hasrat pengusaha ladang dan bakal peladang yang berminat untuk menjana pendapatan dengan menanam tembikai wangi.
SIRI BUAH-BUAHAN KOMERSIAL MALAYSIA : TEMBIKAI WANGI
- Brand: Dewan Bahasa dan Pustaka
- Product Code: 9789834923266
- Availability: In Stock
-
RM35.00
- Ex Tax: RM35.00