Dua dekad pertama abad ke-21 ini benar-benar bergolak dan penuh ambiguiti, yakni menghantar makna-makna ganda dan rencam yang mengaburkan pandangan masyarakat, dan sukar difahami terutama rakyat biasa yang selalu menyerahkan kepercayaannya kepada pemimpinnya. Dalam persaingan politik yang sengit dan tajam, berlaku tindakan melampau, malah bertentangan dengan nilai-nilai murni agama apabila penggunaan wang ringgit sampai dinodai kerana hendak membeli sokongan dan kesetiaan pengikut, rakyat dan pengundi. Demi menyukakan hati kaum-kaum tertentu bagi kepentingan meraih undi, penggunaan bahasa kebangsaan dan visi budaya nasional yang selama ini diperjuangkan dalam sistem pendidikan semakin dikompromikan pula seolah-olah dasar-dasar dalam pendidikan nasional mundur kembali ke zaman penjajahan Inggeris 60 tahun dahulu.

          Dalam landskap sosial dan politik sedemikianlah, esei-esei kolum ini tertulis sebagai cermin dan imbasan kecelaruan impian dan nilai-nilai kehidupan dalam simpang-siur zaman bangsanya.

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good

MONOLOG KECIL 2 : TENTANG KEMELUT DAN AMIBIGUITI

  • RM25.00

  • Ex Tax: RM25.00