Sasterawan Negara Arena Wati memang dikenali sebagai seorang intelektual yang naratifnya sentiasa dihasilkan dengan hati yang jujur dan luhur. Kepengarangan dan kekreatifannya diakui begitu berkesan dalam membisikkan pemikirannya menerusi pelbagai genre sastera. Dalam kumpulan cerpen ini, Arena Wati menyampaikan persoalan sosiopolitik pada tahun 1950-an yang kurang diketahui oleh pembaca masa kini. Isu sosiopolitik itu pula bersandar pada zaman penulisnya masih relatif muda dan bergelojak dengan idealisme sebagai karyawan media yang penuh dengan sifat ingin tahu. Cerpen-cerpen ini dihasilkan dua tahun sebelum Arena Wati meninggal dunia dan belum pernah diterbitkan, yang ditemui selepas kematiannya oleh isterinya, Ibu Halimah Sulung.
KUMPULAN CERPEN : BAGAI SARANG BURUNG DI RANTING
- Brand: Dewan Bahasa dan Pustaka
- Product Code: 9789834919528
- Availability: In Stock
-
RM15.00
- Ex Tax: RM15.00