Cik Siti gadis sunti berkulit gelap, merupakan kembar tidak seiras dengan kakak kembarnya, Cik Melur yang putih melepak. Mereka yatim piatu dan diasuh oleh kakak mereka, Cik Cermai. Walaupun mereka tidak seiras tetapi minat mereka serasi. Cik Siti suka meniup seruling, manakala Cik Melur suka menyanyi. Keakraban kembar ini menjadi tidak kekal apabila Cik Cermai berkahwin dengan anak Tuk Ketua kampung yang kaya dan sombong, bernama Kundang. Kundang suka memburuk-burukkan Cik Siti dengan tujuan menyingkirkan Cik Siti. Cik Melur pula, sering mendapat pujian dan hadiah. Perbezaan layanan ini meracuni fikiran Cik Melur sehingga membenci Cik Siti. Kundang tergamak memfitnah Cik Siti sehingga Cik Siti diusir keluar dari teratak mereka. Cik Siti membawa diri hingga ke tempat asal ibunya, Kampung Belukar Indah yang terletak di kaki Gunung Panti. Di sini, Cik Siti bertemu dengan Cik Merdu, pengusaha tanaman herba. Pada suatu hari, Cik Siti mendapat tahu penduduk Kampung Tasik Wangi diserang wabak penyakit. Lalu Cik Siti berusaha pulang ke kampungnya untuk mengubati penduduk kampung. Berjayakah Cik Siti mengubati orang kampung, termasuk kakak-kakaknya dan abang iparnya?
CIK SITI GUNUNG PANTI
- Brand: Dewan Bahasa dan Pustaka
- Product Code: 9789834917302
- Availability: In Stock
-
RM16.00
- Ex Tax: RM16.00