Manuskrip Salasilah Perlis tersimpan di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sejak tahun 1963 dengan kod katalog MS85. Salasilah Perlis yang dikarang oleh keturunan Dato' Arau ini mencatatkan asal usul dan sejarah pemerintahan wangsa Jamalullail di Perlis. Pengasasan Kerajaan Jamalullail di Perlis telah mengeluarkan negeri ini daripada kemelut persaingan kuasa sesama kerabat diraja Kedah, merencatkan cita-cita politik Raja Ligor dan mengehadkan hegemoni wangsa Chakri. Salasilah Perlis ialah bukti yang merakamkan keupayaan Perlis untuk berkerajaan sendiri pada tahun 1843 itu bukanlah semata-mata satu kebetulan. Sebaliknya, kewujudan Perlis sebagai negeri Melayu beraja ialah hasil wawasan, usaha dan perjuangan berterusan yang dilakukan oleh anak watan Melayu-Islam bagi menegakkan kedaulatan dan membawa kemakmuran tanpa mengenal putus asa.

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good

SALASILAH PERLIS : Asal Usul Pemerintahan Jamalullail

  • RM60.00

  • Ex Tax: RM60.00