LEWAT kumpulan cerpen Cerita Sarah Leong, Malim Ghozali PK mengajak audiens menjenguk ke daerah-daerah yang penuh dengan warna dan misteri kehidupan. Pengarang bukan sahaja memaparkan dunia melankoli, rindu yang tidak kesampaian, sejarah kegemilangan budaya bangsa, perjuangan membebaskan bangsa dan agama daripada tirani, bahkan dunia orang tidak siuman dalam cerpen "Dia, Dr. Hasni dan Bunga 11: Api Marak Semula" dan cinta rentas budaya dalam cerpen "Cerita Sarah Leong".

        Pengarang cukup peka dengan persekitarannya, faham akan realisme sosial, lalu menyampaikan apa yang dilihat dan didengarinya dengan jujur, walau kadangkala menyelitkan juga elemen parodi. Ikonik seperti keseluruhan cerpennya, Malim Ghozali PK menyudahi cerita dengan penutupan terbuka.

        Barangkali, baginya audienslah yang paling wajar memahami pengakhiran cerpen-cerpennya. Dua puluh cerpen dalam kumpulan ini mengajak audiens berfikir dan melarutkan imaginasi dalam alam dan persekitaran.

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good

KUMPULAN CERPEN : CERITA SARAH LEONG

  • RM25.00

  • Ex Tax: RM25.00