Buku Mestika Kata Kosa Kata Kesusasteraan Melayu Tradisional merupakan lanjutan daripada buku Panduan Kosa Kata Sastera Klasik yang telah diterbitkan pada tahun 1991. Format dan kandungan buku ini pada dasarnya mengikut buku tersebut dengan beberapa pindaan dan tambahan agar buku ini lebih lengkap dan kemas kini, sesuai sebagai bahan rujukan, panduan para pelajar dan pengkaji kesusasteraan. Untuk menyiapkan kamus klasik ini yang mengandungi 2202 entri, beberapa buah teks ( naskhah dan mikrofilem), dan cerita-cerita lisan yang telah diterbitkan dirujuk untuk mendapatkan kata masukan atau entri.Sebanyak 91 buah teks telah dipilih yang merangkumi pelbagai genre. Antaranya termasuklah teks-teks lipur lara, cerita panji, cerita berbingkai, cerita berunsur Islam, ketatanegaraan, undang-undang, cerita berunsur sejarah, dan pantun Melayu.

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good

MESTIKA KATA - KOSA KATA KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL

  • RM40.00

  • Ex Tax: RM40.00