Usul penulisan buku ini lahir daripada situasi bidang sains sukan dalam negara masa kini yang ketandusan bahan-bahan rujukan peringkat asas dalam bahasa Melayu. Ketandusan sumber rujukan yang dimaksudkan ini, sedikit sebanyak menjejaskan usaha kita untuk seiring dengan anjakan paradigma dalam sains sukan yang telah berlaku di persada global semenjak zaman pascakomunisme, mulai permulaan dekad 90-an yang lalu. Kemampuan kita untuk berdaya sains dalam disiplin ilmu yang berkaitan, baik dari aspek teori mahupun amalan, ternyata merupakan satu isu yang harus difikirkan. Dalam aspek kejurulatihan, negara secara umumnya masih lagi berpandukan kepada kepakaran yang diimport dari luar negara untuk perkara-perkara yang bersangkutan dengan pencapaian dalam sukan prestasi tinggi, atas persepsi bahawa kita masih ketiadaan modal insan tampatan yang setara kepakarannya. Dalam aspek pembangunan akademik sains sukan pula, bidang-bidang ilmu berkenaan sains pergerakan tulen, khususnya bidang kawalan motor dan biomekanik, sering menjadi cabang pengetahuan yang diabaikan kepentingannya atas persepsi bahawa isi kandungan subjek-subjek ini sukar dikuasai oleh pelajar yang tiada asas kukuh dalam bidang sains dan matematik umum.
ASAS SAINS PERGERAKAN MANUSIA
- Brand: Dewan Bahasa dan Pustaka
- Product Code: 9789834605537
- Availability: In Stock
-
RM18.00
- Ex Tax: RM18.00