Islam merupakan suatu pedoman hidup yang sempurna, dan mencakupi ruang lingkup kemanusiaan sebagai seorang khalifah di muka bumi. Peringatan dalam al-Quran dan al-Sunnah dijadikan garis panduan agar manusia tidak terpesong daripada syariat yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Beramal dengan nilai-nilai murni dalam Islam dapat menjamin kesejahteraan dan keharmonian sesama manusia. Rasulullah SAW telah memperkenalkan formula bagi menyelesaikan persoalan kehidupan manusia secara bermasyarakat sekali gus memperlihatkan bahawa ajaran Islam mampu dilaksanakan oleh manusia secara keseluruhan. Tidak ada percanggahan antara hukum Allah dengan hukum manusia yang ingin akan kesejahteraan dan keamanan. Hal ini dikatakan demikian kerana hukum-hakam yang ada dalam Islam sesuai dengan kemanusiaan dan saling melengkapi.

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good

SIRI NABI MUHAMMAD SAW : NABI MUHAMMAD SAW DALAM KONTEKS KEMASYARAKATAN

  • RM25.00

  • Ex Tax: RM25.00