Buku ini menerangkan konsep perancangan dan pembangunan dalam ekonomi Islam, termasuk pembangunan modal insan serta persoalan alam sekitar, iaitu kepentingan alam sekitar dan fenomena yang berlaku terhadap alam sekitar dari segi kerosakan dan pemulihan, serta keseimbangan alam sekitar. Buku ini dipersembahkan dalam bentuk penulisan umum yang dibahagikan kepada 2 bahagian. Bahagian 1 membincangkan perancangan dan pembangunan yang mengandungi aspek perancangan untuk pembangunan, konsep dan matlamat pembangunan, serta pembangunan modal insan. Bahagian 2 pula tentang masalah alam sekitar yang terdiri daripada kepentingan alam sekitar, kerosakan alam sekitar, serta pemulihan alam sekitar dan keseimbangan kehidupan. Melalui buku ini pembaca dapat memantapkan kefahaman masyarakat tentang aspek perancangan, pembangunan dan alam sekitar yang merupakan antara elemen utama dalam bidang ekonomi Islam.

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good

EKONOMI ISLAM : PEMBANGUNAN DAN ALAM SEKITAR

  • RM20.00

  • Ex Tax: RM20.00