Buku ini merupakan bahan rujukan yang harus dimiliki oleh setiap pengusaha ternakan ikan bagi mengenal pasti ikan yang sihat dan berpenyakit.  Buku ini perlu dimiliki oleh setiap pegawai yang menjalankan kes siasatan kematian ikan di tangki, kolam, sangkar, sungai dan empangan air. Selain itu, buku ini juga boleh dijadikan bahan rujukan tambahan bagi pelajar di institusi pengajian tinggi yang mengambil bidang berkaitan akuakultur.

            Kandungannya menerangkan langkah yang perlu diambil oleh penternak dan pegawai apabila berdepan dengan masalah penyakit dalam ternakan ikan. Proses diagnosis yang berpunca daripada serangan patogen, secara keseluruhannya bermula dengan langkah siasatan kematian ikan melalui gambar foto. Gambaran ini seterusnya menjurus kepada pengambilan sampel menggunakan kaedah pensampelan yang tepat bagi penyakit yang berpunca daripada patogen parasit, bakteria ataupun virus. Hubung kait antara maklumat latar belakang yang diperoleh di lapangan dan keputusan makmal dalam usaha mencari punca kematian ikan turut dipaparkan.

            Buku ini diakhiri dengan penyediaan laporan yang turut menghuraikan langkah susulan yang perlu diambil seperti kawalan dan rawatan  untuk mengelakkan kejadian penyakit ikan. Maklumat yang dipaparkan mudah, jelas dan tepat serta sesuai dijadikan bahan bacaan umum.

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good

DIAGNOSIS IKAN BERPENYAKIT DAN RAWATAN

  • RM20.00

  • Ex Tax: RM20.00