Buku ini memaparkan strategi pembelajaran melalui penyelidikan yang memberikan fokus kepada matlamat untuk memiliki PhD dengan lebih teratur dan terancang. Teori Strategik Halim Razali (HRST) ini terhasil daripada pengalaman yang lalu semasa penulis melanjutkan pengajian peringkat PhD dalam bidang kejuruteraan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Pelaksanaan strategi berdasarkan ilmu dan kemampuan diri dalam melakukan kajian secara menyeluruh ialah menu utama dalam perbincangan buku ini. Antara inti pati penting dalam teori tersebut adalah untuk mengenal pasti kemampuan diri, strategi pengurusan dan pembacaan ilmiah, fahami dan layari dunia kajian, transformasi dapatan maya kepada grafik minda, strategi pembentangan, strategi penulisan, strategi persediaan viva, dan strategi mengatasi dugaan dan cabaran PhD. Buku ini dapat membantu pelajar PhD menerokai ilmu secara optimum dalam menggapai PhD dengan penuh kecemerlangan.

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good

STRATEGI MEMILIKI PHD DALAM BIDANG KEJURUTERAAN

  • RM32.00

  • Ex Tax: RM32.00