Penggunaan teknologi laser telah berkembang pesat selari dengan kepesatan dan kemajuan teknologi lain. Buku ini dapat membantu pengguna yang masih baharu dan sedang membangunkan teknologi laser. Buku ini juga membincangkan teori-teori asas laser sehingga aplikasi-aplikasi terkini yang digunakan dalam industri laser. Selain itu, aspek-aspek teknikal seperti prestasi penggunaan sistem laser dan pengawalan kualiti proses juga dibincangkan secara menyeluruh. Aspek-aspek keselamatan turut dibincangkan bagi memastikan tahap keselamatan adalah terjamin semasa mengoperasi sesuatu mesin laser. Penulisan buku ini juga merujuk pada penerbitan jurnal ilmiah yang meluas tentang sistem laser mengikur aplikasi tertentu.

            Oleh itu, buku ini merupakan bacaan yang boleh dirujuk oleh para jurutera dan ahli sains yang menggunakan teknologi laser dan berguna untuk para pelajar dalam bidang fizik, sains bahan dan kejuruteraan mekanikal, penyelidik dan individu yang ingin membangunkan sistem laser serta mengkaji proses laser.

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good

LASER DAN APLIKASI TERKINI

  • RM15.00

  • Ex Tax: RM15.00