Ayat pasif yang terdapat dalam bahasa Melayu memang unik dan bervariasi. Satu daripada sebabnya ialah struktur ayatnya mempunyai kepelbagaian. Walaupun dikategorikan sebagai ayat pasif berpelaku, rumus ayat pasif yang melibatkan kata ganti nama diri pertama dan kedua berbeza rumusnya dengan ayat pasif kata kata ganti nama diri ketiga. Hal ini amat berbeza dengan ayat pasif dalam bahasa Inggeris yang tidak membezakan rumus ayat pasif diri pertama, kedua dan ketiga. Keunikan ayat pasif ini semakin terserlah apabila ayat pasif -ter yang melibatkan semua jenis kata ganti nama mempunyai rumus yang sama.
SIRI PENDIDIKAN BAHASA : KEUNIKAN AYAT PASIF BAHASA MELAYU
- Brand: Dewan Bahasa dan Pustaka
- Product Code: 9789834920104
- Availability: In Stock
-
RM11.00
- Ex Tax: RM11.00