Buku Ayat Tunggal, Ayat Penyata, Ayat Tanya, Ayat Perintah, Ayat Seruan menghuraikan konsep ayat tunggal dan juga perbezaan serta persamaannya dengan ayat dasar. Huraian berikutnya adalah tentang ayat penyata, iaitu ayat yang mempunyai persamaan ciri dengan ayat tunggal dan ayat dasar. Perbincangan ayat tanya, ayat perintah dan ayat seruan pula dimulakan dengan huraian maksud setiap jenis ayat tersebut. Ayat tanya dapat dikenal pasti dengan penggunaan tanda tanya dan kata tanya. Sementara itu, ayat perintah dikenal pasti dengan penggunaan kata perintah yang khusus. Ayat seruan pula menggunakan kata seru dan tanda seru pada akhir ayat. Cara penggunaan yang betul bagi setiap jenis ayat turut dihuraikan. Contoh ayat dan aktiviti latihan diberikan bagi menguji kefahaman murid terhadap topik ini.
SIRI PENGUASAAN TATABAHASA : AYAT TUNGGAL, AYAT PENYATA, AYAT TANYA, AYAT PERINTAH, AYAT SERUAN [BUKU 12]
- Brand: Dewan Bahasa dan Pustaka
- Product Code: 9789834921859
- Availability: In Stock
-
RM14.00
- Ex Tax: RM14.00