Buku ini dirangka berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Setiap latihan yang digubal menitikberatkan aspek tatabahasa mengikut konteks berdasarkan teks petikan yang digunakan. Selain itu, latihan yang disediakan juga dirangka bagi memudahkan pengajaran dan pembelajaran, iaitu daripada yang mudah kepada yang lebih kompleks. Kepelbagaian latihan yang disediakan sesuai diguna pakai oleh guru dan murid bagi memperkukuh pengetahuan tentang ketatabahasaan. Latihan yang terancang memerlukan murid melakukan banyak latih tubi bagi mengekalkan ingatan dalam bentuk lisan dan tulisan. Contoh dan latihan yang disediakan sesuai dijadikan bahan rangsangan yang menarik serta berkesan. Walau bagaimanapun, perancangan yang rapi perlu dibuat terlebih dahulu bagi memudahkan guru mengajarkan tatabahasa secara konkrit agar dapat digunakan dalam konteks.
SIRI TATABAHASA SEKOLAH RENDAH : MARI BELAJAR TATABAHASA TAHUN 2
- Brand: Dewan Bahasa dan Pustaka
- Product Code: 9789834923297
- Availability: In Stock
-
RM20.00
- Ex Tax: RM20.00