Buku ini menyentuh aspek yang perlu diketahui dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa asing. Himpunan 10 karya penulis ini padat dengan ilmu yang merangkumi aspek seperti pembentukan kelas, kriteria tenaga pengajar, kriteria budaya Melayu, sikap pelajar asing, teknologi pengajaran, strategi kesantunan berbahasa, gangguan fonologi, pengajaran pelancongan, penerapan kecerdasan emosi, dan perbezaan ejaan. Hal ini demikian kerana penulisnya menulis berdasarkan keperluan dan pengalaman mengajar dalam bidang pengajaran dan pembelajaran bahasa untuk penutur asing. Buku ini sesuai dijadikan rujukan kepada mereka yang menawarkan kursus Bahasa Melayu kepada penutur asing seperti pensyarah, guru dan orang awam.
BAHASA MELAYU UNTUK PENUTUR ASING
- Brand: Dewan Bahasa dan Pustaka
- Product Code: 9789834914226
- Availability: In Stock
-
RM18.00
- Ex Tax: RM18.00