Buku Teori dan Kaedah Fonetik ini menghuraikan dan membincangkan teori dan kaedah, berdasarkan tiga cabang utama ilmu berkenaan, iaitu fonetik artikulasi, fonetik akustik, dan fonetik auditori. Teori-teori yang diperkatakan dalam buku ini merupakan teori utama daripada tokoh yang terkenal yang melihat bunyi bahasa dari aspek tertentu.
Perbincangan dalam buku ini juga merangkumi penjelasan tentang ilmu fonetik yang bersifat universal, yakni yang boleh diterapkan dalam menghadapi dan menganalisis bunyi bahasa. Oleh itu, ilmu fonetik dalam buku ini bukan dimaksudkan untuk bahasa Melayu dan bahasa-bahasa yang sekeluarga dengannya sahaja, tetapi untuk semua bahasa. Dalam perkataan lain, prinsip-prinsip yang dibincangkan dalam buku ini termasuk dalam fonetik am (general phonetics)
TEORI DAN KAEDAH FONETIK
- Brand: Dewan Bahasa dan Pustaka
- Product Code: 9789834915773
- Availability: In Stock
-
RM20.00
- Ex Tax: RM20.00