"Ibanik" merupakan istilah yang merujuk kepada variasi-variasi bahasa yang mirip dengan "bahasa Iban". Bahasa Iban dijadikan indikator untuk kata terbitan ini kerana terminologi ini telah luas digunakan dan dikenali. Sesungguhnya, di seberang sempadan politik Malaysia (Sarawak) dan Indonesia (Kalimantan Barat), tersebar pelbagai variasi bahasa yang mirip dengan "bahasa Iban" di Sarawak (dinamakan sebagai "bahasa Ibanik"). Variasi-variasi bahasa ini sebaliknya jarang-jarang dikenali umum, apatah lagi dkaji secara ilmiah. Buku ini menghimpunkan sembilan bab hasil karya peneliti bahasa Ibanik di Borneo Barat (Bahagian Indonesia), iaitu James T. Collins, Chong Shin, Herpanus, Yusriadi, Johnny Tjia, Albertus dan Dedy Ari Asfar. Aspek linguistik bahasa Ibanik dan variasi yang dikupas dalam buku ini termasuklah bahasa Ketungau, Ketungau Sesat, Desa, Kantuk, Mualang, Seberuang, Sekujam dan Iban. Mudah-mudahan buku ini bermanfaat sebagai kosa kata ilmu tambahan kepada para pengkaji bahasa Ibanik, dan sebagai buku rujukan ilmiah untuk mahasiswa yang menekuni bidang linguistik bahasa-bahasa di Borneo Barat,
BAHASA IBANIK DI BORNEO BARAT
- Brand: Dewan Bahasa dan Pustaka
- Product Code: 9789834923228
- Availability: In Stock
-
RM25.00
- Ex Tax: RM25.00