Buku Undang-undang Berkaitan Orang Gila menjurus kepada aspek pengurusan dan undang-undang terhadap salah satu kategori orang "bernasib malang", iaitu orang gila. Apabila seseorang tersebut gila atau menjadi gila, mereka kehilangan banyak hak (yang terdapat pada orang normal). Namun bagi negara dan masyarakat di Malaysia, tentunya mempunyai peranan tertentu dalam "memberikan sumbangan bermakna" kepada golongan yang malang ini. Hal ini termasuklah dalam aspek pengurusan dan undang-undang (termasuk undang-undang Islam) yang berkaitan, terutama dari perspektif pembelaan (jika mereka didakwa atau dituntut di mahkamah), dan juga aspek kebajikan mereka yang perlu dipikul bersama-sama kita. Antara tujuan kita mengambil tanggungjawab tersebut bukan sahaja demi kebajikan dan kebaikan orang gila itu sendiri, tetapi juga demi melindungi ahli masyarakat lain secara umunya.
UNDANG-UNDANG BERKAITAN ORANG GILA
- Brand: Dewan Bahasa dan Pustaka
- Product Code: 9789834915315
- Availability: In Stock
-
RM20.00
- Ex Tax: RM20.00