Dalam kebanyakan negara, tanah dimiliki sama ada oleh kerajaan atau tanah beri milik. Di Malaysia, kebanyakan tanah dimiliki oleh pihak berkuasa negeri. Semakin negara maju, semakin banyak kemudahan infrastruktur yang perlu dibina untuk kegunaan awam. Dalam banyak kes, tanah yang diperlukan itu, merupakan tanah beri milik. Sehubungan dengan itu, kerajaan atau badan berkanun berkenaan perlu mengambil tanah tersebut, iaitu mengikut Perlembagaan Persekutuan, melalui proses undang-undang tertentu, dan membayar pampasan yang mencukupi.

            Buku Undang-undang Pengambilan Tanah membincangkan undang-undang berkenaan pengambilan tanah (iaitu peruntukan tertentu dalam Perlembagaan Persekutuan dan Akta Pengambilan Tanah 1960) secara terperinci yang menyentuh proses atau prosedur yang mesti dipatuhi, dan juga kaedah menilai pampasan yang mencukupi. Beberapa undang-undang bertulis lain yang berkaitan dengan pengambilan tanah, turut dibincangkan dalam buku ini.

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good

UNDANG-UNDANG PENGAMBILAN TANAH

  • RM55.00

  • Ex Tax: RM55.00