Buku ini secara kritis meneroka dan mentafsir dokumen Platform untuk Tindakan (Platform for Action). Dokumen Platform untuk Tindakan ialah dokumen PBB (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) yang mengandungi perbincangan hak wanita. Dokumen ini disediakan oleh feminis dan aktivis wanita yang sangat berpengaruh serta pihak berkuasa yang berkaitan. Dokumen ini mengenal pasti 12 bidang yang menjadi perhatian kritikal bagi memperkasakan wanita dan menyampaikan siri tuntutan dan tindakan strategik. Dokumen ini diluluskan pada bulan September, 1995 di Beijing, China.
Sebagai seorang penulis, Dr. Zeenath Kausar yang merupakan pengkritik feminisme yang terkenal pada peringkat antarabangsa telah menunjukkan bahawa walaupun beberapa tuntutan dokumen Platform untuk Tindakan itu boleh dipuji, beberapa tuntutan lain dalam dokumen itu perlu ditolak. Khususnya tuntutan mengenai hak seksual dan pembiakan yang bertentangan dengan norma masyakarat bukan Barat. Buku ini membentangkan tinjauan kritikal secara menyeluruh terhadap semua gerakan feminisme yang mempengaruhi keseluruhan isi dokumen tersebut atas nama "kesamaan jantina" dan "pemerkasaan wanita". Buku ini juga mendedahkan bahawa perspektif gender dibentangkan dalam dokumen sebagai perspektif sejagat yang akan diikuti oleh semua budaya dan tamadun. Selain itu, penulis menggesa agar PBB menyemak agenda sejagat golongan feminis yang mempercayai pemisahan seksualiti daripada perkahwinan dan keluarga serta menggalakkan orientasi seksual. Penulis juga mencadangkan penyelesaian terhadap beberapa isu penting yang berkaitan dengan pemerkasaan wanita melalui perspektif Islam.
PEMERKASAAN WANITA MENURUT ISLAM
- Brand: Dewan Bahasa dan Pustaka
- Product Code: 9789834921422
- Availability: In Stock
-
RM45.00
- Ex Tax: RM45.00