Buku ini memuatkan koleksi rencana kebahasaan yang menyentuh aspek fonologi dan morfologi bahasa Melayu sebagai bahan tatapan dan renungan bagi para pengkaji, pencinta, peminat, pendamping dan pelajar bahasa Melayu. Kandungannya meliputi dan mengadunkan kupasan tatabahasa yang sedia ada, dapatan pengalaman daripada pengendalian ceramah bahasa serta sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, dan hasil kajian kendiri berdasarkan perkembangan kontemporari bahasa Melayu. Tujuan akhir penghasilan buku ini adalah sebagai wadah untuk mengajak semua pihak agar turut berbincang dan berbahas tentang aspek tatabahasa bahasa Melayu secara lebih terbuka dan lebih mendalam dari pelbagai perspektif.
KUPASAN TATABAHASA BAHASA MELAYU JILID 1 : FONOLOGI GAN MORFOLOGI
- Brand: Dewan Bahasa dan Pustaka
- Product Code: 9789834922399
- Availability: In Stock
-
RM28.00
- Ex Tax: RM28.00