Buku ini menghuraikan peranan penting data korpus dalam bidang penyelidikan bahasa dan linguistik Melayu. Penggunaan korpus selari dan kaedah korpus linguistik terbukti dapat memberikan wawasan baharu dalam kajian terjemahan dan silang linguistik. Selain itu, buku ini juga memaparkan sebahagian kajian yang boleh dilaksanakan menerusi data korpus bagi menjelaskan pelbagai aspek bahasa. Antara bidang linguistik yang boleh diteroka menerusi data korpus, termasuklah leksikografi, leksikologi, tatabahasa, laras, variasi bahasa, analisis kontrastif, terjemahan, pengajaran bahasa, perubahan bahasa, semantik, pragmatik, stilistik, kesusasteraan, sosiolinguistik, analisis wacana, linguistik forensik, dan linguistik berkomputer.
Buku Data Korpus dalam Kajian Linguistik ini sesuai digunakan sebagai rujukan para siswa, ahli bahasa, perancang bahasa, pembina kamus serta pengamal bahasa daripada pelbagai peringkat. Selain itu, ia juga dapat menjadi panduan dalam meneruskan penyelidikan demi kelangsungan ilmu data korpus dalam linguistik bahasa Melayu.
DATA KORPUS DALAM KAJIAN LINGUISTIK
- Brand: Dewan Bahasa dan Pustaka
- Product Code: 9789834921095
- Availability: In Stock
-
RM30.00
- Ex Tax: RM30.00