Buku ini memberikan jawapan bagi masalah penyalahgunaan kuasa yang banyak berlaku dalam kalangan pemimpin, penjawat awam dan rakyat. Tiga kitab agung Aceh, iaitu Taj al-Salatin, Bustan al-Salatin dan Sulalah al-Salatin mencadangkan penyelesaian bagi kerosakan yang telah dilakukan oleh sistem demokrasi, iaitu melalui proses pendidikan yang berteraskan nilai ihsan dan sentiasa mengingati keperkasaan Allah SWT. Akal budi dan kebijaksanaan Bukhari al-Jauhari, Nuruddin al-Raniri dan Tun Sri Lanang jelas terpancar dalam karya agung mereka ini. Inti pati daripada karya agung ini dapat mendidik para pemimpin dan rakyat untuk menjadi hamba Allah yang sejati.
PEMIKIRAN POLITIK ISLAM DI ACEH
- Brand: Dewan Bahasa dan Pustaka
- Product Code: 9789834922849
- Availability: In Stock
-
RM28.00
- Ex Tax: RM28.00