Buku Makanan Rumusan Ikan menerangkan secara ringkas kepentingan makanan rumusan ikan dalam industri akuakultur dengan tujuan memberi penjelasan mengenai jenis-jenis bahan mentah yang boleh digunakan. Turut dibincangkan, peranan setiap nutrien yang terkandung di dalam bahan mentah tersebut terhadap tumbesaran ikan. Selain itu, pelbagai kaedah pengiraan formulasi makanan rumusan ikan diterangkan untuk memastikan semua peringkat pembaca dapat membuat pilihan menggunakan kaedah yang praktikal,

            Kaedah penyediaan makanan rumusan dalam bentuk pelet dan konsep penyediaan yang boleh diguna pakai untuk pemprosesan pelet berskala kecil, sederhana dan besar dihuraikan dengan terperinci. Panduan yang dibincangkan di dalam buku ini dapat membantu pengusaha menyediakan sendiri makanan rumusan ikan. Diharapkan buku ini dijadikan rujukan yang berguna kepada pengusaha ternakan ikan, pengeluar makanan rumusan dan para pelajar yang terlibat dalam bidang ini.

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good

MAKANAN RUMUSAN IKAN

  • RM20.00

  • Ex Tax: RM20.00