Penerbitan buku KEMAHIRAN ASAS SUKAN : SEPAK TAKRAW ini amat membantu pelajar di sekolah menengah kerana buku ini ditulis berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Sekolah Menengah. Buku ini juga membantu bakal guru, guru, penuntut universiti yang mengambil jurusan Pendidikan Jasmani, jurulatih pasukan sepak takraw dan peminat sukan sepak takraw mendalami setiap aspek yang berkaitan dengan sukan sepak takraw. Isi kandungannya yang mencakupi sejarah sukan sepak takraw, pakaian, peralatan, cara bermain, undang-undang, kemahiran asas serta taktik serangan ditulis dalam bahasa yang mudah agar senang difahami pembaca sasaran. Panduan yang diterangkan secara lengkap dalam buku ini diharapkan dapat membantu peminat sepak takraw bermain dengan selamat dan seronok.

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good

KEMAHIRAN ASAS SUKAN : SEPAK TAKRAW

  • RM13.00

  • Ex Tax: RM13.00