Buku ini memberikan ilmu kejuruteraan yang spesifik dan fakta mekanikal yang sangat objektif dan empirikal. Kisah perjalanan hidup penulis yang berpengalaman dalam bidang kejuruteraan awam diceritakan berdasarkan pengalaman dan pandangan beliau sendiri. Penulis yang menggunakan nama watak Abdul Rahman menggalurkan perjalanan hidupnya sebagai seorang anak pegawai tinggi kerajaan, kemudian menuntut dalam bidang kejuruteraan dan menceburi kerjaya sebagai jurutera di beberapa buah syarikat sebelum menjadi pensyarah. Pelbagai pengalaman pahit dan manis penulis sewaktu bekerja sebagai jurutera boleh dijadikan teladan oleh mahasiswa yang bakal bergelar jurutera. Jalan cerita yang dikemukakan dalam buku ini bersifat fakta, dan hal ini mampu menarik pembaca untuk menghayati cerita atau perjalanan hidup seorang teknokrat yang mempunyai peranan penting dalam pembangunan dan kemajuan negara.

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good

IMBAUAN SEORANG TEKNOKRAT

  • RM24.00

  • Ex Tax: RM24.00